BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 8 August 2011

Betapa kerdilnya diri ini apabila melihat keagungan cintaanNYA....sesungguhnya ALLAH MAHA pencipta


Betapa indahnya ciptaan tuhan......


ALKISAH BURUNG CENDERAWASIH.......
Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes. Ia terdapat di kawasan Australasia timur Indonesia, New Guinea dan tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies, yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.
Yang paling terkenal kerana bulu mereka adalah spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis burung Cenderawasih Besar, Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan. Spesimen ini disediakan oleh pedagang tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka, yang mendorong kepada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh bulu mereka. Ini memberikan nama Inggeris mereka "Burung syurga - birds of paradise" dan nama saintifik apoda - tanpa kaki.
Kebanyakan spesies memiliki upacara mengawan yang rumit, dengan spesies Paradisaea mempunyai sistem mengawan jenis Lek. Yang lain, seperti spesies Cicinnurus dan Parotia, mempunyai tarian mengawan yang khusus, dengan spesies menggayakan jambul dalam gaya tarian ballet tutu yang merupakan tabiat yang mengkagumkan bagi burung kerana persamaan secara tidak sengaja dengan tarian hula danlimbo
 Kepercayaan tahyul
Merurut kepercayaan tahyul, burung Cenderawasih berasal dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun dan apabila ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak akan reput.
Ia mempunyai cerita dan lagenda tersendiri. Kata orang burung ini membawa tuah. Selalu juga dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia juga dikaitkan dengan pelaris kepada sesiapa yang memilikinya.
Burung cenderawasih ini juga dipercayai penjaga sejenis batu permata (zamrud hijau) yang tinggi nilainya pada masyarakat nusantara.


Saturday 16 July 2011

TUJUH KEAJAIBAN DUNIA


Taj Mahal, India
Simbol cinta dan hasrat

Colosseum, Rom
Simbol kesenangan dan penderitaan

Great Wall of China, China
Sebuah bukti ketekunan dan tekad yang keras

Petra, Yordania
Simbol keahlian teknik dan perlindungan

Chichen Itza, Mexico
Simbol pemujaan dan pengetahuan

Machu Picchu, Peru
Simbol dedikasi 

Patung Yesus Penebus, Brasil
Kristus Penebus berdiri untuk menyambut dengan keterbukaan

Great Pyramid of Giza, Mesir
Simbol keabadian dan kehidupan yang kekal





Friday 15 July 2011

KATA PUJANGGA

Koleksi Kata-kata Pujangga Untuk Kita Hayati Bersama :

Apabila Anda Benar : Anda tak perlu marah. Apabila Anda Salah : Anda tak boleh Marah
-Mahatma Gandhi-

Bercakap-cakap Adalah Bertukar Fikiran, Bertukar Pendapat Dan Bertukar Pengalaman. Rahsia Bercakap ialah Pandai Bicara, Pandai Bertanya Dan Pandai Mendengar.
-Pythatoras-

Perbaiki Diri Anda, tetapi JANGAN JATUHKAN ORANG LAIN




Diri manusia itu hanya kecil sahaja tetapi dalam diri yang kecil itu terdapat satu alam yang besar.
-Saidina Ali Abi Talib r.a-

KEJAYAAN TIDAK DATANG KEPADA MANUSIA YANG LEKA
-Charles Cahier-

Jadikanlah suatu keyakinan bahawa apa yang anda cita-citakan pasti tercapai dan apa yang anda usahakan pasti berhasil
-Thomas Alva Edison-

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya
-James Allen-

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah
-Lao Tze-

Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain
-Alias Haji Muda-

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya
-Marcus Aurelius-
 
Persahabatan adalah perkara yang paling rumit untuk diperjelaskan. Ia bukan dipelajari di sekolah tetapi jika kamu mempelajari erti persahabatan maka kamu sebenarnya tidak mempelajari apa-apa.
-Muhammad Ali-

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.
-Albert Camus-

Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu: dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau ; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau ; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau ; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya.
-Saidina Abu Bakar r.a-

Tidak ada kecerdasan yang lebih baik daripada kecerdasan yang lain. Kecerdasan terbaik bagi anda ialah kecerdasan yang anda miliki bukan yang dimiliki oleh orang lain.
-Alias Haji Muda-

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
-Lao Tze-

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.
-James Allen-

Orang yang tidak berkemahuan untuk terus belajar dan membangunkan dirinya samalah seperti insan kerdil yang sememangnya tidak boleh membesar lagi.
-Bestari-

Tiada manusia yang Berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.
-Joseph Conrad- 

“Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan” ~Pujangga

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” – Khalifah Abdul Malik bin Marwan


“Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.” ~Pujangga~

“Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.” ~Pujangga~
“Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali” ~ Pujangga~
“Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.”
Kata-kata Pujangga~


“Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa.” kata-kata Pujangga~ 

“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tetapi tidak semua perpisahan akan menjanjikan akan adanya pertemuan semula sesudah perpisahan itu.” Kata-kata Pujangga~
“Jangan biarkan perahu hanyut tak ber’penghuni’ nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.” kata-kata Pujangga
“Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang.” kata-kata Pujangga

“Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji.” ~kata-kata Pujangga
“Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari… 
“kata-kata Pujangga`

“Hidup ini ibarat meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.” kata-kata Pujangga~
“Hanya mereka yang melepasi ujian akan melalui kehidupan dengan sabar.” 
kata-kata Pujangga`

Kata-kata Pujangga: “Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan.”
“Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana” kata-kata Pujangga~

“Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi.” kata-kata Pujangga`
“Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.” kata-kata Pujangga`

“Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.” kata-kata Pujangga~

Kata-kata Pujangga:” Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya.”

Kata-kata Pujangga: “Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.”

Kata-kata Pujangga:” Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.”

Kata-kata Pujangga:“Kita patut berkorban supaya orang lain juga merasai kemanisan hidup.”

Kata-kata Pujangga: “Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.”

Kata-kata Pujangga:“Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.”

Kata-kata Pujangga: “Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.”

Kata-kata Pujangga: “Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku
 hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”

Kata-kata Pujangga: “Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.”

Kata-kata Pujangga: ” Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali.”

Kata-kata Pujangga: “Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia.”

Kata-kata Pujangga: “Kawan ketawa mudah dicari, kawan menangis keseorangan diri.”

Kata-kata Pujangga: “Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”

Kata-kata Pujangga: “Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.”

Kata-kata Pujangga: “Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.”

Kata-kata Pujangga: “Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti.”

Kata-Kata Pujangga: “Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.”

Kata-kata Pujangga: “Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu 
dihukum kerana sengaja lupa.”

Kata-kata Pujangga: “Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.”

Kata-kata Pujangga: “Saya sayang awak, sukarkah untuk dilafazkan?”

Kata-kata Pujangga: “Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?”

Kata-kata Pujangga: “Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.”

Sunday 10 July 2011

SOROTAN AKTIVITI SEKOLAH KEBANGSAAN TEBENGAU 2011

 Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan yang diadakan pada 02 Julai 2011 serentak di seluruh negara.

Ceramah Sempena Israk&Mikraj oleh Us.Shahrunniza b.Tajuddin pada 29 Julai 2011





KATA-KATA HIKMAH

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.

2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad engki, riak dsbnya dalam dirinya.

4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.

6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.

7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jmaat berikutnya-Ahmad.

9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.

10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi

11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.

12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan

13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi

14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh

15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.

Monday 4 July 2011

Langkah-Langkah Membuat Blog

Langkah 1
- Jika anda tidak mempunyai akaun google ,mulakan dengan membuka akaun anda .
- Klik pada perkataan creat an account.Isi semua maklumat pada paparan yang keluar .


Langkah 2

- Klik pada perkataan show me my account dan akaun anda telah aktif dan boleh digunakan untuk membina blog anda.



Langkah 3

- Anda boleh mula membina blog blog anda.
- Masukkan alamat email anda dan password
- Klik sign in



Langkah 4

- Seterusnya akan keluar paparan seperti di bawah.
- Masukkan display name dan klik continue








Langkah 5

- Keluar paparan seperti berikut dan klik pada create your blog now.




Langkah 6

- Seterusnya akan keluar paparan seperti dibawah dan masukkan nama Negara dan no telefon anda.
- Klik pada perkataan verify



Langkah 7

- Masukkan blog tittle dan alamat URL anda dan click continue



Langkah 8

- Pilih templat yang sesuai dan menarik bagi anda dan klik continue




Langkah 9

- Sekarang anda boleh mula berblog.Klik Start Blogging.Selamat Mencuba